Wednesday 31 December 2014

Bersihkah Udara Kita


Apa ada dalam udara yang anda sedut?

Menurut EPA, udara dalam rumah anda boleh menjadi dua hingga lima kali lebih tercemar berbanding udara di luar.  Dan ia mungkin mengandungi pencemar dan bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.

Purata orang bernafas adalah kira-kira 13,000 liter udara setiap hari, tetapi kebanyakan udara itu dipenuhi pencemar, bahan cemar dan kekotoran yang anda tidak boleh lihat. Udara dalam rumah boleh mengandungi pelbagai pencemar dan bahan pencemar termasuk:
• spora kulat
• debunga
• bakteria
• hama habuk
• asbestos
• hasil reputan radon
• partikel dan kotoran lain yang boleh dan tidak boleh dilihat

Bagaimana kualiti udara yang teruk di dalam rumah menjejaskan anda?

Kualiti udara yang teruk di dalam rumah boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung dan tekak, sakit kepala, pening, dan kelesuan. Kesan-kesan segera sedemikian selalunya dalam jangka masa yang pendek dan boleh dirawat.

Simptom sesetengah penyakit, termasuk asma, pneumonitis, hipersensitiviti dan demam akibat alat pelembap, boleh juga muncul selepas pendedahan terhadap bahan pencemar udara tertentu di dalam rumah. Kesan kesihatan lain boleh muncul sama ada bertahun-tahun selepas pendedahan berlaku atau hanya selepas tempoh pendedahan yang lama atau berulangulang. Kesan-kesan ini, termasuk beberapa penyakit pernafasan dan kronik, boleh menjadi sangat melemahkan atau menyebabkan kematian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pencemaran udara dalam rumah adalah faktor risiko kelapan paling penting dan bertanggungjawab ke atas 2.7% daripada beban penyakit global, seperti pneumonia, penyakit pernafasan kronik, kanser paru-paru dsb. Setiap tahun, pencemaran udara dalam rumah bertanggungjawab ke atas kematian 1.6 juta orang – iaitu satu kematian setiap 20 saat.



Apa yang Anda Tidak Nampak Boleh Membahayakan Kesihatan Anda

Di jalan dan lebuh raya di bandar-bandar terdapat asap ekzos kenderaan. Jauh dari situ pula ia mungkin debunga dari tumbuh-tumbuhan yang berbunga, atau partikel degil dari serombong asap kilang. Tetapi
sebaik sahaja berada di rumah atau di pejabat anda boleh menutup pintu untuk mengelakkan semua
pencemaran udara itu dan menarik nafas lega. Betulkan?

Fikirkan semula.
Tidak ramai yang sedar akan bahaya yang berlegar di sekitar empat penjuru dinding dan bumbung, terutama apabila tempat itu ada penyaman udara. Menurut satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of Ensearch, masalah kualiti udara dalam rumah di Malaysia sama teruknya dengan di tempat-tempat lain di dunia. Ramai orang mungkin tidak menyedarinya, kita sebenarnya menghabiskan kira kira 90% daripada masa kita di
dalam rumah.

Sumber-sumber Pencemaran Udara Dalam Rumah



Bahan cemar yang dibebaskan daripada bahan binaan atau perabot seperti asbestos, formaldihid, wasap
daripada varnis, dan gentian daripada langsir dan permaidani.
Bahan cemar yang dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti asap rokok, penggunaan agen bahan pencuci, perekat, cecair pemadam, penyembur aerosol, wasap daripada mesin salin.
Bahan cemar yang masuk ke dalam bangunan bersama-sama udara luar tetapi dalam kepekatan yang lebih rendah, lazimnya 25-75 % daripada paras di luar.
Bahan cemar menyusup masuk menerusi retakan atau kebocoran di dalam struktur, contohnya radon.
Mikrorganisma termasuk kulat dan bakteria.

Sesetengah penyelidik di Amerika Syarikat juga mencatatkan bahawa peredaran udara yang dipaksa boleh meningkatkan penyebaran penyakit bawaan udara seperti selesema dan demam selesema. Komputer pula bertindak seperti penjana elektrik, mengecas partikel habuk dan memendapkannya di sekitar hidung, mulut dan mata manusia yang mengendalikannya.



Sindrom Bangunan Sakit


Ini satu istilah yang diguna untuk menerangkan penyakit-penyakit yang berlaku di kalangan penghuni sesebuah bangunan yang disebabkan oleh Kualiti Udara Dalaman (IAQ) yang teruk. Sesebuah bangunan diistilahkan sebagai sakitapabila sekurang-kurangnya 20% penghuninya menghidap simptom-simptom berterusan yang hilang apabila mereka keluar dari bangunan.

Ubah Udara di Persekitaran anda dengan Sistem Penulen Udara Atmosphere



Bahan Cemar yang boleh dirawat oleh ATMOSPHERE


HUBUNGI/SMS/WA SAYA SAIFUL 0192651778 UNTUK MEMILIKINYA

No comments:

Post a Comment