Saturday 3 January 2015

1 Cara Membuat Perbandingan Penapis Air

Mungkin masih ramai sedang tertanya-tanya atau sedang memikir-mikirkan tentang ciri-ciri penapis air yang baik mahu pun terbaik. Mungkin juga ada yang sedang membuat perbandingan antara jenama penapis air yang ada di pasaran. Mana tidaknya, masing-masing hendak memastikan pelaburan yang dikeluarkan untuk mendapatkan air yang terbaik adalah berbaloi. Namun baik atau tidak bergantung sesuatu produk yang dimiliki itu bergantung kepada keperluan seseorang. Atau, ia juga boleh didefinisikan dengan baik melalui kaca mata siapa?

Pada pandangan saya, asas dalam memilih penapis air adalah sangat mudah. Ianya adalah berbalik pada tujuan menggunakan penapis air? Mengapa anda perlukan penapis air tersebut. Samada untuk menapis air semata-mata untuk menghilangkan klorin atau lebih daripada itu sehingga air tersebut dapat dirawat. Semuanya terletak pada si pembeli. Bagi penjual dan pengeluar sudah semestinya mereka akan menyatakan produk yang dijual mereka adalah yang terbaik. Namun sebagai pengguna dan pembeli kita mempunyai hak untuk memastikan produk yang hendak dibeli mesti mematuhi piawaian yang selamat agar kita tidak menyesal memilikinya.

Bagaimana hendak memastikan produk tersebut mematuhi piawaian. Sudah tentu kita perlu membuat sedikit pencarian maklumat tentang produk. Anda boleh melayari laman web www.nsf.org/about-nsf/locations/asia/malaysia/ untuk menyemak standard piawaian yang telah diberikan kepada produk yang anda cadang untuk dibeli. Kenapa perlu lakukan semua ini? Jawapannya mudah supaya anda tidak mudah tertipu atau sekurang-kurangnya anda tahu sama ada penapis air yang anda nak gunakan tersebut selamat atau pun tidak. 

So sekarang, kaedah paling mudah nak tahu penapis air itu berbaloi dibeli ke tidak adalah dengan membandingkan sejauh mana ianya berfungsi menapis dan merawat air. Paling mudah lihat berapa banyak bahan cemar yang boleh ditapis dan lihat juga sama ada semua komponen mematuhi standard ataupun tidak.




Masukkan nama pengilang atau nama model. Kalau tak jumpa, tapi ada seal NSF pada model, tanya pada penjual tentang pengeluar penapis tersebut.

Jadi, pihak ketiga macam NSF ni berfungsi sebagai badan bebas yang akan menguji dan memeriksa penapis air tersebut sebelum mengeluarkan sijil penapis air yang telah diuji. Dari situlah senarai bahan cemar yang boleh ditapis akan keluarkan oleh NSF.

Jadi silalah semak penapis air yang anda sedang guna atau yang anda sedang survey samada telah mendapat pengiktirafan daripada NSF atau belum.



Selamat mencuba.

Penapis apa saya guna? Penapis air apa yang terbaik? Buat temujanji dengan kami melalui WhatsApp atau Telegram di 0192651778.