Mungkin masih ramai
sedang tertanya-tanya atau sedang memikir-mikirkan tentang ciri-ciri penapis
air yang baik mahu pun terbaik. Mungkin juga ada yang sedang membuat
perbandingan antara jenama penapis air yang ada di pasaran. Mana tidaknya,
masing-masing hendak memastikan pelaburan yang dikeluarkan untuk mendapatkan
air yang terbaik adalah berbaloi. Namun baik atau tidak bergantung sesuatu
produk yang dimiliki itu bergantung kepada keperluan seseorang. Atau, ia juga
boleh didefinisikan dengan baik melalui kaca mata siapa?
Pada pandangan saya, asas dalam memilih penapis air adalah sangat mudah. Ianya adalah
berbalik pada tujuan menggunakan penapis air? Mengapa anda perlukan penapis air
tersebut. Samada untuk menapis air semata-mata untuk menghilangkan klorin atau
lebih daripada itu sehingga air tersebut dapat dirawat. Semuanya terletak pada
si pembeli. Bagi penjual dan pengeluar sudah semestinya mereka akan menyatakan
produk yang dijual mereka adalah yang terbaik. Namun sebagai pengguna dan
pembeli kita mempunyai hak untuk memastikan produk yang hendak dibeli mesti
mematuhi piawaian yang selamat agar kita tidak menyesal memilikinya.
Bagaimana hendak memastikan produk tersebut mematuhi piawaian. Sudah tentu kita
perlu membuat sedikit pencarian maklumat tentang produk. Anda boleh melayari
laman web www.nsf.org/about-nsf/locations/asia/malaysia/ untuk menyemak standard piawaian yang telah diberikan
kepada produk yang anda cadang untuk dibeli. Kenapa perlu lakukan semua ini?
Jawapannya mudah supaya anda tidak mudah tertipu atau sekurang-kurangnya anda
tahu sama ada penapis air yang anda nak gunakan tersebut selamat atau pun
tidak.
So sekarang, kaedah paling mudah nak tahu penapis air itu berbaloi dibeli ke
tidak adalah dengan membandingkan sejauh mana ianya berfungsi menapis dan
merawat air. Paling mudah lihat berapa banyak bahan cemar yang boleh ditapis
dan lihat juga sama ada semua komponen mematuhi standard ataupun tidak.
Masukkan nama pengilang atau nama model. Kalau tak jumpa, tapi ada seal NSF
pada model, tanya pada penjual tentang pengeluar penapis tersebut.
Jadi, pihak ketiga macam NSF ni
berfungsi sebagai badan bebas yang akan menguji dan memeriksa penapis air
tersebut sebelum mengeluarkan sijil penapis air yang telah diuji. Dari situlah
senarai bahan cemar yang boleh ditapis akan keluarkan oleh NSF.
Jadi silalah semak penapis air yang anda
sedang guna atau yang anda sedang survey samada telah mendapat pengiktirafan daripada
NSF atau belum.
Selamat mencuba.
Penapis apa saya guna? Penapis air
apa yang terbaik? Buat temujanji dengan kami melalui WhatsApp atau Telegram di 0192651778.
No comments:
Post a Comment