Saturday 20 December 2014

3 Standard Utama dimiliki Sistem Rawatan Air eSpring

eSpring MELEPASI STANDARD INDUSTRI TERTINGGI
=============================================
Dapat menikmati air yang bersih dan segar setiap kali anda membuka paip adalah sebab utama untuk memilih Sistem Rawatan Air eSpring™ tetapi ia bukan satu-satunya sebab. Dari pensijilan yang diterima ke prestasi dan teknologinya, tidak sukar mengetahui mengapa eSpring adalah pilihan terbaik untuk air berkualiti.








NSF INTERNATIONAL
==================
NSF International adalah organisasi kesihatan awam bebas dan bukan untuk keuntungan yang membantu pengguna dengan mengekalkan standard makanan, air, barangan pengguna serta mensijilkan produk mengikut standard tersebut.

AMWAY adalah yang pertama mempunyai penulen air di rumah dengan teknologi karbon/UV untuk memenuhi Standard 42, 53, dan 55 NSF International. Tiga standard ini diiktiraf di seluruh dunia bagi kualiti air. Sistem Rawatan Air eSpring™ disahkan dengan 3 standard ini.

Sistem Rawatan Air eSpring juga disahkan oleh NSF kerana mengurangkan lebih banyak bahan cemar berbanding sebarang sistem penurasan UV berasaskan karbon yang lain. 

Diuji secara bebas, Sistem Rawatan Air eSpring mengurangkan dengan berkesan lebih 140 bahan cemar yang menjejaskan kesihatan dan dengan dos UV sebanyak 40mJ/sm2 mampu menghapuskan 99.9% mikroorganisma penyebab penyakit.

MOHOR EMAS WQA
=================
Sistem Rawatan Air eSpring™ telah dianugerahkan Mohor Emas WQA. WQA (Persatuan Kualiti Air) membangunkan program Mohor Emas untuk membantu pengguna mengenal pasti sistem rawatan air yang berkualiti tinggi. Hanya sistem yang memenuhi atau melepasi standard industri yang ketat boleh mendapat Mohor Emas.
Pengguna boleh mengenal pasti produk yang disahkan oleh WQA dengan melihat pada tanda Mohor Emas atau melalui penyenaraian produk di Direktori Peralatan Rawatan Air Disahkan yang boleh diperoleh dari WQA.










MERIT TEKNIKAL
==============
Sistem Rawatan Air eSpring™ adalah sistem di rumah pertama yang menggabungkan teknologi lampu UV dan penuras blok karbon berbilang peringkat berpaten ke dalam satu kartrij mudah ganti. Katrij mempunyai kadar aliran yang tinggi iaitu 0.9 gpm (3.4 lpm) dengan hayat berkadar 5000 liter (1320 gelen) atau setahun.

Lampu ultraungu dalam Sistem Rawatan Air eSpring menampilkan teknologi hidup serta-merta. Membuka paip akan mengaktifkan sensor yang akan mentenagakan lampu dengan serta-merta dengan dos UV sebanyak 40 mJ/sm2 bagi menghapuskan mikroorganisma walaupun dalam keadaan kualiti air yang teruk. Disebabkan lampu UV itu tidak sentiasa menyala, ia tidak akan memanaskan air atau membazir tenaga.

Produk eSpring adalah alat rawatan air pertama yang mentenagakan lampu UV dengan tanpa wayar dengan gandingan induktif suai. Ia adalah produk yang memulakan revolusi kuasa tanpa wayar (lihat ecoupled.com). Reka bentuknya membuang sambungan elektrik yang terdedah kepada lampu, meningkatkan kebolehpercayaan dan memudahkan penggantian kartrij. Ia juga memberikan prestasi lampu UV yang konsisten sepanjang masa.
Sistem mempunyai reka bentuk yang memberi keutamaan kepada alam sekitar. Monitornya disertakan dengan paparan LED, dan lampu UV hanya menyala apabila air mengalir, mengurangkan penggunaan tenaga. Kartrij semua dalam satu, digantikan setahun sekali untuk kebanyakan pengguna, mewujudkan kurang bahan buangan.

dipetik daripada : http://www.amway.my/at-home/eSpring/about-espring/credentials

No comments:

Post a Comment