Friday 19 December 2014

eSpring : Menyingkir Kekotoran : Prestasi yang Disahkan secara Bebas

Sistem Rawatan Air eSpring™ memastikan air minuman anda adalah sebersih, sesedap, dan sejernih yang mungkin. Tiada sistem lain yang terbukti dapat mengurangkan dengan berkesan pelbagai bahan cemar seperti eSpring.

Penyahjangkitan

Jika air paip anda dirawat di kemudahan rawatan air serantau atau tempatan, agen penyahjangkitan (biasanya klorin atau kloramina) digunakan. Semasa proses penyahjangkitan, sedikit hasilk sampingan penyahjangkitan mungkin terbentuk apabila penyahjangkitan bertindak balas dengan bahan organik yang terhasil secara semula jadi dalam air. Sesetengah sebatian ini disyaki karsinogen, dan agensi kawal selia sedang cuba mengurangkan parasnya.
Blok karbon tekan dalam Sistem eSpring adalah sangat berkesan untuk mengurangkan hasil sampingan penyahjangkitan.
Semasa ujian oleh NSF International, Sistem eSpring memenuhi atau melepasi standard pengurangan untuk hasil sampingan penyahjangkitan seperti THM (trihalometana), termasuk kloroform, bromoform, bromodiklorometana dan klorodibromometana.
Racun Perosak dan Hasil Sampingan Racun Perosak 


Pencemaran racun perosak terhadap air dalam tanah dan air permukaan semakin membimbangkan, terutamanya di kawasan pertanian. Walaupun pencemaran racun perosak terhadap air minuman kelihatan tidak begitu meluas, kaji selidik kualiti air menunjukkan ia ada berlaku. Takat pencemaran air minuman dan kesannya terhadap kesihatan apabila menggunakan racun perosak pada paras yang rendah masih tidak diketahui. Ujian yang dijalankan oleh NSF International telah melayakkan Sistem Rawatan Air eSpring™ mendapat pensijilan bagi pengurangan berkesan sejumlah racun perosak dan hasil sampingan racun perosak yang berbeza.

Radionuklid
​Radionuklid ialah bahan cemar radioaktif yang menjejaskan kesihatan. Sistem Rawatan Air eSpring™ ialah sistem pertama yang disahkan oleh NSF yang mengurangkan radon dan hasil reputan radon dalam air minuman. Radon ialah gas radioaktif yang wujud semula jadi yang tidak mempunyai rasa, bau atau warna. Radon terhasil oleh pereputan semula jadi uranium yang ditemui dalam tanah dan batu mengandungi bijih uranium, granit, syal, fosfat dan picblen. Kebanyakan radon keluar dari batu dan meresap ke dalam atmosfera secara tidak berbahaya. Namun begitu, gas radon boleh terkumpul dan larut dalam sumber air bawah tanah seperti perigi.
Partikel
Partikel adalah pepejal kecil yang terampai dalam air. Ia boleh jadi serpihan kotoran, karat atau bahan lain yang kelihatan atau tidak kelihatan. Partikel boleh mempengaruhi rasa, bau dan kejernihan air anda. Ruang antara molekul karbon dalam penuras blok karbon Sistem Rawatan Air eSpring™ adalah sangat kecil, membolehkan penuras menyingkirkan partikel sekecil 0.2 mikron. Itu adalah 300 peratus lebih kecil daripada lebar rambut manusia. Ini termasuk partikel halus dari asbestos, mendapan, kotoran dan kerak.
Bahan Cemar

​Bahan cemar datang dalam banyak bentuk yang berbeza. Seperti diterangkan di atas, ia boleh terdiri daripada mikroorganisma dan mineral yang berlaku secara semula jadi, kepada bahan cemar pertanian dan industri dan juga bahan kimia yang telah diperkenalkan secara tidak sengaja oleh proses yang digunakan oleh bandar dan pekan untuk merawat air minuman awam. Bahan cemar boleh mempengaruhi rasa, bau dan ketulenan air
Bahan Cemar Tak Organik
Sistem eSpring menyingkirkan plumbum, merkuri dan asbestos dengan berkesan. Walaupun pada paras rendah, keracunan plumbum boleh menyebabkan kekurangan IQ, ketidakupayaan membaca dan belajar, gangguan pendengaran, tumpuan perhatian yang kurang, hiperaktiviti dan masalah tingkah laku yang lain. Plumbum boleh wujud dalam bentuk berbeza di dalam air, bergantung kepada pH atau keasidan air. Sistem eSpring diuji pada dua pH berbeza untuk menentukan dengan tepat bahawa ia berkesan untuk mengurangkan plumbum.
Merkuri memasuki air melalui hakisan lapisan mineral semula jadi, bahan buangan dari loji penapis dan kilang dan air larian dari tanah timbus dan ladang. Sumber asbestos termasuk reputan simen asbestos dalam paip besar, air larian dari sisa buangan kilang elektronik dan kaca dan kerosakan/penguraian bahan yang mengandungi asbestos. Sistem eSpring mengurangkan merkuri dan asbestos dengan berkesan. 
Bahan Cemar Organik
Sebatian Organik Meruap (VOC)
VOC adalah sekumpulan bahan kimia organik yang boleh melarut resap ke dalam air dalam tanah atau dibuang ke dalam tasik dan mengalir dalam air buangan yang datang dari loji petroleum, plastik dan kimia, tanah timbus, cucian kering atau tangki simpanan gasolin. 
Vinil Klorida
Vinil klorida ialah gas yang digunakan untuk membuat polivinil klorida (PVC), bahan plastik yang sering digunakan untuk paip air minuman. Sebelum pertengahan 1970-an, paip PVC sering mengandungi paras sisa vinil klorida yang tinggi, yang boleh mencemarkan air minuman. Sementara kaedah pembuatan paip PVC telah berubah untuk mengurangkan sebarang sisa vinil klorida dengan signifikan, banyak paip PVC lama masih digunakan, dan pencemaran vinil klorida terhadap air minuman masih berlaku.
Mikroorganisma
Mikroorganisma ialah istilah umum yang merangkumi ribuan bakteria, protozoa dan virus yang diketahui membahayakan kesihatan manusia seperti e. coli dan rotovirus. Ujian oleh pihak ketiga yang bebas menunjukkan bahawa Sistem Rawatan Air eSpring menyediakan dos UV sebanyak 40 mJ/cm2 yang mampu: 
  • Menghapuskan lebih daripada 99.9999% bakteria
  • Menghapuskan lebih daripada 99.99% virus
  • Mengurangkan lebih daripada 99.9% giardia lamblia dan kriptosporidium oosista




Hubungi saya untuk memilikinya :
Saiful (0192651778)

No comments:

Post a Comment