Tuesday 30 December 2014

ASTHMA (LELAH)




Bila kata tentang penyakit pasti ada dan pernah menghidapi ASTHMA atau LELAH.. Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.. 

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian. Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak


 Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Alahan asma

1.    Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan merek.
2.     Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
3.    Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4.    Pewarna makanan.
5.    Asap dan debu.
6.    Debu/kutu rumah (house mite).
7.    Senaman berlebihan.
8.     Tekanan
9.     Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

SISTEM RAWATAN UDARA ATMOSPHERE

Kuasa untuk Mengubah Persekitaran Anda ada Di sini.
Pendekatan baru bagi penurasan, keefisienan, operasi yang senyap dan pemantauan udara – tiada penulen udara yang lain di pasaran hari ini yang mempunyai keseimbangan teknologi dan ciri-ciri Penulen Udara ATMOSPHERE™.
 
Sistem penurasan CLARUS™ yang luas dan berkesan 99.99%
Sistem penurasan CLARUS menampilkan penuras karbon yang diaktifkan dengan kawasan permukaan yang cukup besar untuk meliputi 226 padang bola atau 17 juta kaki persegi. Kapasiti yang amat banyak, digabungkan dengan Penuras HEPA, menghapuskan 99.99% bahan cemar partikel bawaan udara yang lalu menerusi penuras. Berkesan menghapuskan debunga, bakteria, hama habuk, virus, asap, dan kotoran sekecil 0.009 mikron.
 
Keefisienan sesenyap bisikan PUREFLOW™
Operasi senyap adalah penting untuk keselesaan rumah anda seperti juga udara bersih. Penulen Udara ATMOSPHERE menawarkan kedua-duanya dengan sistem PUREFLOW yang unik. Ia menghapuskan kebisingan kipas yang berlebihan dengan beroperasi hanya bila diperlukan. Ia juga mengurangkan penggunaan tenaga dengan hanya mengguna kuasa hingga serendah 4 watt – ciri yang membolehkan ATMOSPHERE memperolehi pengesahan ENERGY STAR®.
 
Pemantauan automatik dan keupayaan perlindungan Intelli-Sense
Teknologi Intelli-Sense memanfaatkan Sensor Partikel siap bina yang membolehkan mod satu sentuhan automatik yang memantau dan melindungi kualiti udara persekitaran rumah anda walaupun ketika anda tiada di sana. Sensor Partikel itu membolehkan ATMOSPHERE menyelaras kelajuannya secara automatik mengikut keadaan udara yang berubah, seterusnya memberikan udara yang lebih bersih dalam masa paling singkat.
 
Penulen Udara ATMOSPHERE juga memantau keadaan ketiga-tiga penuras secara automatik, dan memaklumkan anda bila ia perlu diganti atau dibersihkan bagi Prapenuras. Monitor itu mengira hayat penuras berdasarkan pada kombinasi waktu operasi, kelajuan operasi, dan tahap pencemaran.
 
Prestasi Kuasa Turbo yang pantas bertindak
Apabila anda inginkan udara bersih dengan cepat, hidupkan Kuasa Turbo. Dengan CADR* (Kadar Pengeluaran Udara Bersih) sebanyak 250 kaki padu seminit (7.1 m³/min), ia mampu membersihkan udara dalam sebuah bilik seluas 390 kaki persegi dalam masa kira-kira 30 minit.
PENGIKTIRAFAN


No comments:

Post a Comment